BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Get your own Digital Clock

Sunday, November 06, 2011

Asid

Asid adalah sebatian kimia yang terkenal dengan sifat masamnya dan mengkakis. Perkataan "asid" berasal dari perkataan  latin acidus yang bererti masam. Robert Boyle adalah antara orang pertama yang mengenalpasti kewujudan asid. Menurut beliau, asid merupakan bahan yang berasa masam, melarutkan banyak bahan lain seperti logam dan kapur, dan menukarkan warna sesetengah tumbuhan.

buah-buahan masam bersifat asid
Satu penunjuk yang mudah yang dapat menentukan keasidan sesuatu sebatian ialah dengan menggunakan meter-pH. Apabila suatu sebatian dilarutkan dalam air dan menunjukkan nilai  pH yang kurang daripada 7.0, sebatian itu mungkin boleh dikatakan bersifat asid.

0 comments: